Roblox lapor kehilangan hampir RM4 bilion tahun lepas

Roblox baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mereka kehilangan sebanyak ASD$900 juta (RM3.96 bilion) pada tahun 2022 walaupun dengan jumlah pengguna yang banyak.

Ia masih menjadi antara permainan video yang makin meningkat popularitinya apabila diperkenalkan ke Android dan iOS.

Menurut laporan tahunan Roblox, pelantar itu kehilangan wang bermula dengan RM1.2 bilion pada suku ketiga dan RM1.28 bilion pada suku keempat tahun lepas.

Syarikat itu juga mempunyai beberapa keuntungan tertunggak daripada hasil tahun 2022.

All you need to know about Roblox | Games | The Guardian

Walaupun Roblox melaporkan kehilangan, pelantar itu masih berkembang maju dengan peningkatan jumlah pengguna yang sentiasa naik sebanyak 23%.

Roblox kini mempunyai sebanyak 56 juta jumlah pengguna aktif dan menjangkakan peningkatan sebanyak 19% setiap tahun.

Rujukan: GamesIndustry

RELATED NEWS

+