satu surat terbuka untuk semua orang."> satu surat terbuka untuk semua orang." /> satu surat terbuka untuk semua orang." />

Rovio, pencipta Angry Birds komited membawa kembali permainan video lama

Rovio pencipta Angry Birds telah mengeluarkan satu surat terbuka untuk semua orang.

“Kami kini berkomited untuk membawa balik permainan video lama kami untuk peminat-peminat.

Rovio juga menjanjikan mereka akan fokus ke arah membina permainan video yang lebih baik untuk semua peminat Angry Birds mahupun francais lain.

Rovio banyak membatalkan atau tidak mengeluarkan permainan video lama kerana banyak permainan video itu menggunakan teknologi lama yang tidak mengikut piawaian untuk permainan moden.

Mereka juga akan membawa balik permainan video lama yang semestinya penuh nostalgia.

Ada juga orang bertanya kenapa Rovio ingin membuat permainan baru dari membetulkan atau membaik pulih permainan lama.

Rovio cuma ingin mencuba lebih banyak perkara baru dan permainan video yang lebih baik.

Setakat ini Rovio masih belum bercadang untuk membuat apa-apa pengumuman baru untuk permainan video mereka selain Angry Birds Reloaded.

Mungkin kita akan mendapat balik Angry Birds yang nostalgia seperti Angry Birds Seasons, Angry Birds Space dan sebagainya nanti. 

RELATED NEWS

+