RRQ Clay kongsi bagaimana cara counter meta tanker

Hero tank menjadi salah satu ikutan atau meta ketika ini. Mereka boleh menahan damage untuk pasukan dan ‘membuka’ peta bagi mengetahui pergerakan musuh.

Pasti ramai di antara peminat Mobile Legends memikirkan cara bagaimana untuk counter mettanker ini. Clay dari RRQ Hoshi mempunyai jawapannya.

“Jika berlawan dengan tank dan jungler, seeloknya gunakan hero yang mempunyai burst damage yang tinggi seperti Pharsa” ujar beliau kepada One Esports di dalam satu temu ramah media.

“Untuk main hero tank atau fighter jungler mungkin kami akan mencubanya, jika kemaskini terbaru seterusnya akan menambah kekuatan hero ini. RRQ tidak akan menggunakan strategi ini jika kemaskini terbaru tidak mendorong ke arah itu,” tambah beliau.

Selain Pharsa, terdapat banyak lagi hero yang mempunyai burst damage yang tinggi seperti Kagura, Roger, Ling dan Alucard. Selamat mencuba!

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+