Pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) tersingkir daripada playoffs MPL Indonesia (ID) selepas tewas di tangan EVOS Legends."> Pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) tersingkir daripada playoffs MPL Indonesia (ID) selepas tewas di tangan EVOS Legends." /> Pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) tersingkir daripada playoffs MPL Indonesia (ID) selepas tewas di tangan EVOS Legends." />

RRQ gagal ke MSC 2023..

Pasukan gergasi Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) tersingkir daripada playoffs MPL Indonesia (ID) selepas tewas di tangan EVOS Legends.

Digelar El Clasico, siri ini sangat sengit dan berakhir dengan skor 3-2 memihak kepada EVOS Legends.

Perlawanan kelima mengambil masa lebih kurang 30 minit dan EVOS Legends melakukan tiga pertahanan yang hebat di base mereka.

Kesilapan daripada Vyn yang gagal melakukan Flicker Ultimate menghukum pasukannya lalu EVOS Legends mengambil peluang untuk mencuri Lord.

Akhirnya mereka mencipta comeback dan mengakhiri perlawanan itu.

Joy, Valentina dan Fanny dikenakan ban keluar dalam semua siri.

Buat kali pertama sejak musim ketujuh, RRQ gagal masuk ke dalam Grand Final selepas kali terakhir tersingkir di suku akhir Upper Bracket.

EVOS Legends akan bertemu Alter Ego untuk merebut slot ke MSC 2023 dan pemenang akan bertemu ONIC Esports di Grand Final.

RELATED NEWS

+