Juara bertahan, Onic Esports merangkul kejuaraan MPL Indonesia (ID) selepas menewaskan EVOS Legends dengan skor 4-0."> Juara bertahan, Onic Esports merangkul kejuaraan MPL Indonesia (ID) selepas menewaskan EVOS Legends dengan skor 4-0." /> Juara bertahan, Onic Esports merangkul kejuaraan MPL Indonesia (ID) selepas menewaskan EVOS Legends dengan skor 4-0." />

ONIC Esports juara MPL Indonesia Musim ke-11

Juara bertahan, Onic Esports merangkul kejuaraan MPL Indonesia (ID) selepas menewaskan EVOS Legends dengan skor 4-0.

Di dalam siri ini, bintang ONIC Esports, Kairi banyak menggunakan hero Assassin seperti Fanny, Hayabusa dan Lancelot.

Namun pada perlawanan kedua, dia menggunakan Grock sebagai hero jungle. 

Semua perlawanan tamat sebelum minit ke-20 dan EVOS Legends tidak berjaya mengawal perlawanan seperti mana mereka lakukan semasa menentang Alter Ego dan RRQ.

Mid laner mereka, SANZ meraih gelaran Finals MVP selepas menunjukkan satu persembahan yang menarik sepanjang perlawanan di Grand Final.

Bukan itu sahaja, SANZ turut merangkul anugerah Regular Season MVP dan First Team sebagai Mid Laner.

Mereka menyapu bersih semua lawan mereka di pusingan playoffs dan menewaskan lawan tanpa tewas sebarang perlawanan.

Bukan itu sahaja, ONIC Esports hanya tewas satu perlawanan di Regular Season di mana mereka tewas di tangan RRQ.

ONIC Esports dan EVOS Legends akan mewakili Indonesia ke MSC 2023 yang akan berlangsung di Kemboja pada Jun 2023.

 

RELATED NEWS

+