RRQ Hoshi hampir mengalahkan ONIC Esports di MPL Indonesia musim kelapan. Mereka meneruskan prestasi yang cemerlang di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) dengan mendapat tempat ketiga selepas tewas di tangan pasukan Blacklist International dari Filipina.
Walau bagaimanapun, mereka tetap tidak akan mengalah untuk bangkit semula menjadi juara di dalam arena kompetitif Mobile Legends itu. Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Acil, jurulatih RRQ Hoshi. Beliau mendakwa kekalahan itu adalah langkah untuk bergelar juara.
“Kekalahan ini kita jadikan pelajaran, kesalahan di dalam pertandingan ini terjadi kerana masalah komunikasi. Di dalam permainan yang mendebarkan, pemilihan keputusan akan menjadi lebih sukar. Akan tetapi, ia tetap menjadi perlawanan yang baik, terima kasih kerana sudi berjuang bersama di MPLI 2021” ujar beliau.
“Mungkin kita sudah menerima kekalahan dua kali di MPL ID musim kelapan dan MPLI 2021. Namun begitu, dari situ kita harus belajar jika ingin menjadi juara, kita harus tunjukkan semangat yang tidak pernah mengalah. Selalu kita ingat, kita kalah bersama-sama, menang pun bersama-sama. VIVA RRQ!” tambah beliau.
RRQ Hoshi akan bersama ONIC ID untuk mewakili negara Indonesia di dalam Kejohanan Dunia M3. Adakah RRQ akan berjaya menebus kekalahan di MPLI 2021 dan menjadi juara M3? Kita bakal saksikan.
Sumber: ONE Esports