RSG MY akan bertemu Todak di Grand Final kelayakan Sukan SEA 2021

Pusingan lower bracket final diteruskan dengan perlawanan di antara pasukan Homebois menentang RSG MY. Mereka harus memenangi perlawanan ini untuk layak ke grand final.

Pasukan RSG MY membawa masuk Yin ke dalam Land of Dawn untuk menumbangkan satu hero yang sangat penting dari pasukan Homebois iaitu Valentina. Valentina mampu memberikan burst damage yang sangat tinggi di dalam pertempuran, jika ia tidak dihentikan, dia mampu untuk kucar kacirkan lineup RSG MY.

Kuja sangat bijak mencari musuh yang perlu ditumbangkan, dia menyorok di dalam bush dan sering pergi ke backline untuk mendapatkan Valentina. Homebois melakukan kesilapan di Lord Pit pada minit ke-14 dengan memberikan ruang kepada Anip untuk melakukan split pushing

Keempat-empat pemain Homebois terkorban di dalam pertarungan itu dan Anip yang cuba untuk memecahkan crystal dihalang oleh Akimm menggunakan Chou. Satu tendangan yang cukup baik oleh Akimm menyebabkan Anip terkorban dan RSG MY terus memenangi perlawanan.

Perlawanan kedua lebih memihak kepada pasukan Homebois apabila percaturan mereka menggunakan Natan sangat berkesan dan memberikan tekanan kepada pasukan RSG MY.

Pasukan RSG MY berada di situasi yang sukar apabila Kuza gagal mendapatkan farming dengan cepat. Homebois terus memenangi perlawanan kedua selepas mereka mendahului RSG MY dari segi gold.

Perlawanan terakhir menyaksikan sekali lagi Kuza akan menggunakan Yin untuk menumbangkan musuh. Kuza bijak mencari musuh dengan menggunakan my turn ke arah Vins yang sering mengganggu perlawanan.

Walau bagaimanapun, hero yang sering memberikan burst damage kepada Homebois adalah Kadita yang digunakan oleh Izanami. Satu combo dari Izanami menyebabkan ramai ahli pasukan Homebois kehilangan nyawa mereka.

RSG MY terus menguasai permainan dan merampas segala buff milik pasukan Homebois. Segala ruang diberikan juga kepada Tiktok yang menggunakan Karrie untuk mendapatkan farming yang cukup. Lord pertama berjaya diambil pada minit ke-10 dan RSG MY terus menutup permainan pada minit ke-11.

Mereka akan bertemu dengan pasukan Todak selepas ini untuk menentukan siapakah yang akan menjadi wakil Malaysia untuk permainan MLBB ke Sukan Sea ke-31.

 

RELATED NEWS

+