RSG MY umum pencarian pemain baru MLBB

RSG MY adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Malaysia.

Juara musim ketujuh ini membuktikan mereka adalah pasukan terkuat di musim itu.

Namun begitu, mereka gagal untuk mempertahankan gelaran mereka di musim kelapan.

Mereka tewas di tangan pasukan Homebois di peringkat lower bracket dengan skor 0-2.

Nasib mereka di MPL MY musim ke-9 juga tidak begitu cerah apabila tewas di tangan pasukan Orange Esports di peringkat permulaan lower bracket juga.

Kini, RSG mengumumkan pencarian bakat baru untuk barisan pemain MLBB mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Syarat-syarat untuk menyertai adalah:

  • Master untuk sesuatu role
  • Mempunyai mental yang kuat
  • Mempunyai disiplin yang tinggi
  • Bekerja keras dan komited
  • Berkomunikasi dengan baik

Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan? Jangan tunggu lagi, ini lah masanya untuk anda berpeluang menjadi pemain profesional.

Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh ke pautan ini.

RELATED NEWS

+