RSG umum kerjasama bersama Pizza Hut

Organisasi e-sukan Asia Tenggara RSG telah mengumumkan Pizza Hut Singapura sebagai rakan baharu mereka. Perjanjian bertempoh setahun ini merupakan kali pertama Pizza Hut melibatkan diri dalam indsutri pemasaran e-sukan.

Dua tujuan utama perjanjian ini adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian bakat-bakat serta kandungan e-sukan dan menarik perhatian orang ramai yang tidak mempunyai latar belakang gaming.

RSG akan membantu Pizza Hut menganjurkan acara-acara dalam talian dan luar talian. Jersi RSG juga akan menonjolkan logo Pizza Hut. Jersi baharu ini akan dipertunjukkan di kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M2 World Championship yang akan berlangsung pada 18 Januari ini di Singapura.

Pada waktu ini, RSG masih sedang menjalani proses penjenamaan semula. Langkah ini merupakan salah satu usaha untuk menyegarkan semula imej RSG yang dikenali sebagai Resurgence sebelum ini.

Untuk mendapatkan berita terkini tentang RSG, pastikan anda mengikut laman web rasmi mereka dan laman media sosial mereka di Facebook.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+