Rupanya Loong yang jadi jurulatih sementara MAB Esports

Pemilik slot terakhir Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kesembilan, MAB Esports melantik Saw Kee Long atau lebih dikenali sebagai Loong sebagai jurulatih sementara bagi persiapan pusingan kelayakan liga itu yang berakhir semalam.

Dalam satu posting ringkas di Instagram, mereka mengatakan Silo mengundur diri dari jawatan jurulatih.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Kata mereka, meskipun masa diluangkan bersama pemain MAB Esports terlalu singkat namun dia berjaya memberikan tunjuk ajar dan membimbing pasukan itu.

Loong juga dikatakan akan berehat dari MPL MY S9 kali ini dan MAB Esports sedang mencari jurulatih baharu bagi menggantikan posisinya.

Foto: MAB Esports

RELATED NEWS

+