Sah! God Of War Akan Mendapat Mod New Game Plus

God of War akan mendapatkan mod New Game Plus seperti diumumkan Sony di E3 2018 sebentar tadi. Bos PlayStation, Shawn Layden mengumumkan mod itu ketika persidangan Sony.

Bagaimanapun, beliau belum mendedahkan apa-apa mengenai mod ini tapi beliau mengesahkan lebih banyak berita akan tiba tak lama lagi.

God of War dah terjual sebanyak tiga juta unit dalam masa tiga hari pelancaran, dan menjadi judul eksklusif paling laris di PS4. Korang boleh saksikan video pendedahan itu di pautan Gamespot di bawah.

Sumber: Gamespot

 

RELATED NEWS

+