SAH! Playoffs MPL MY musim kelapan akan diadakan secara offline

MPL Malaysia musim kelapan sudah menghampiri penghujungnya. Hanya berbaki satu minggu lagi untuk peringkat liga iaitu bermula esok. Peringkat playoff akan menyusul pada 15 hingga 17 Oktober ini.

Sehubungan itu, MPL Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa peringkat playoff akan dimainkan secara offline buat pertama kalinya selepas MPL Malaysia dipisahkan dengan Singapura.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Walaubagaimanapun, lokasi permainan belum ditetapkan setakat ini dan masih menjadi misteri.

Terdahulu, musim ketujuh dibuat secara online berikutan pandemik Covid-19 yang kian menular ketika itu dan peratusan vaksin masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Di manakah lokasi peringkat playoff MPL Malaysia musim kelapan akan berlangsung? Nyatakan jawapan anda di ruangan komen.

RELATED NEWS

+