Saksikan permainan hands-on alat kawalan PS5 Dualsense

Pengacara acara digital Summer Game Fest 2020 Geoff Keighley telah mempertunjukkan permainan Astro’s Playroom menggunakan alat kawalan PlayStation 5 (PS5) iaitu Dualsense.

Anda boleh menyaksikan beliau mencuba dan menceritakan tentang alat kawalan tersebut dalam video di bawah yang berdurasi sekitar 24 minit. Alat kawalan Dualsense dicuba dalam 8 minit pertama.

Keseluruhan video tersebut pula merupakan segmen temu ramah bersama Eric Lempel, Pengarah Pemasaran Global di PlayStation. Satu kenyataan penting daripada Eric ialah tarikh permulaan pra-tempah PS5 akan diumumkan awal dan bukan secara saat akhir.

Astro’s Playroom merupakan permainan video yang akan dipra-muat dalam setiap konsol PS5 secara percuma. Oleh itu, anda juga boleh main permainan video tersebut jika anda membeli PS5 satu hari nanti.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+