Sony menjangkakan capai sasaran untuk menjual 22 juta unit PS5 tanpa sebarang halangan

Sony memberi kenyataan bahawa mereka sudah memperoleh komponen yang cukup untuk mencapai matlamatnya menjual lebih dari 22 juta PS5 pada akhir tahun fiskal ini walaupun masih mengalami masalah kekurangan bahan semikonduktor global yang berterusan.

CFO Sony, Hiroki Totoki menjelaskan semasa earning webcast bahawa syarikat itu sudah mengambil pelbagai langkah untuk memperolehi bahan semikonduktor yang cukup dan nampaknya usaha itu berjaya. “Untuk PS5  dan jumlah unit yang akan dijual tahun ini” jelasnya, “sasaran sudah ditetapkan dan kami sudah memastikan jumlah chips yang diperlukan untuk mencapainya dan kami tidak khuatir tentang bekalan semikonduktor” ujar beliau lagi.

Sony sebelum ini mengatakan bahawa sasarannya adalah untuk menjual 14.8 juta PS5 sepanjang tahun kewangan 2021, April 2021 hingga Mac 2022. Selepas menjual 2.3 juta unit pada Q1, menjadikannya 12.5 juta unit lagi untuk diperbuat dan dijual tahun ini. Jika sasaran itu dicapai, syarikat Sony sudah berjaya menjual 22.6 juta unit PS5 sejak mula dilancarkan.

Secara kebetulan, Sony ingin melebihi rekod penjualan PS1 sebanyak 22.6 juta unit dalam satu tahun semasa tahun kewangan 2022 walaupun kami belum pernah mendengar mengenai rancangan pembekalan syarikat untuk sasaran sebesar itu.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+