Salam dari Binjai simulator – dari video tiktok viral ke permainan video

Satu ayat yang viral bulan ini iaitu ‘Salam dari Binjai’ sudah melanda Indonesia dan kini hangat diperkatakan di Malaysia.

Lihat saja rata-rata komen di Facebook pasti akan menyebut ‘Salam dari Binjai’ atau membuat meme mengenainya.

Tidak disangka permainan video Salam Dari Binjai Simulator juga diwujudkan oleh StickyLab dan sudah dimuat turun lebih dari sejuta kali di Google Play Store.

Permainan video ini begitu mudah untuk dimainkan. Anda hanya perlu menekan butang tumbuk dan mengumpul pisang untuk mendapatkan mata dan lari dari pontianak yang akan menggangu anda.

Anda juga boleh menukar pelbagai karakter lain.

Ungkapan ini tular di media sosial TikTok, Twitter, Instagram dan juga Facebook.

Cowok tinju pohon pisang. (Tiktok/@parispernandes_)

Ayat ini diucapkan oleh Paris Fernandes, seorang bekas atlet peninju yang menumbuk pokok pisang sehingga patah.

Malah lebih mengejutkan bukan hanya satu jenis permainan video Salam Dari Binjai buatan StickyLab tetapi pencipta permainan vidoe lain juga ada membuat versi mereka sendiri untuk permainan video ini.

Anda boleh cuba muat turun permainan video ini di Google Play Store.

RELATED NEWS

+