Siaran langsung MPL MY S11 tidak akan disiarkan di TikTok

Dalam satu kenyataan yang diterima, pihak MPL MY dan MOONTON tidak akan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Profesional (MPL MY) musim kesebelas di platform TikTok.

Liga yang dijadualkan bermula pada 10 Mac itu akan disiarkan secara langsung hanya di Youtube, Facebook MPL Malaysia dan Astro Arena.

Ia berikutan beberapa masalah penstriman langsung di platform TikTok yang mana terdapat beberapa streamer juga mengalami perkara yang sama.

MPL MY S11 kali ini akan diadakan di Stadium Juara, Kuala Lumpur dan tiketnya dijual bermula dengan harga RM10 saja.

Liga kali ini adalah yang paling menarik kerana begitu banyak pertukaran pemain membabitkan mereka dari luar negara terutamanya Filipina dan Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Ia juga menampilkan hos baharu, Rose yang juga seorang streamer di Facebook dan gemar bermain MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

RELATED NEWS

+