Streamer Twitch main Palworld hanya dengan minda

Streamer Twitch Perrikaryal kini bermain Palworld hanya dengan mindanya sahaja.

Ini bukan pertama kali dia menggunakan mesin untuk bermain permainan video dengan mindanya.

Antara permainan video itu adalah Fortnite, Elden Ring, Halo Infintie, Fall Guys dan lain-lain.

Semua pembinaan, berlawan, lompatan dan aktiviti menangkap pals dilakukan hanya menggunakan otaknya sahaja.

Perrikaryal menggunakan mesin electroencephalogram (EEG) dan melakukan empat jenis arahan dengan mindanya dan beberapa arahan menggunakan suara untuk membantunya.

Dia juga menggunakan gyro dan pengesanan mata untuk pergerakan.

Menggunakan beberapa sistem komputer, dia boleh melatih perisian itu untuk mengenali corak otakknya untuk membuat satu arahan.

Buat yang berminat, Palworld adalah permainan video survival dengan elemen menangkap Pal makhluk yang ada di dunia Palworld.

RELATED NEWS

+