terbesar iaitu Storm Point. Peta pulau tropika ini kelihatan menakjubkan, tetapi juga penuh dengan hidupan liar berbahaya untuk diperhatikan."> terbesar iaitu Storm Point. Peta pulau tropika ini kelihatan menakjubkan, tetapi juga penuh dengan hidupan liar berbahaya untuk diperhatikan." /> terbesar iaitu Storm Point. Peta pulau tropika ini kelihatan menakjubkan, tetapi juga penuh dengan hidupan liar berbahaya untuk diperhatikan." />

Apex Legends musim ke-11 membawa pelbagai perubahan, Wattson menerima buff

Musim ke-11 Apex Legends akan menjadi salah satu keluaran musim baharu yang lebih besar di Apex Legends, terutamanya kerana ia termasuk peta battle royale keempat yang terbesar iaitu Storm Point. Peta pulau tropika ini kelihatan menakjubkan, tetapi juga penuh dengan hidupan liar berbahaya untuk diperhatikan.

Lagenda baharu ialah Ash – watak yang berasal dari Titanfall 2 yang kini akan hadir ke dalam Apex Games. Senjata baru C.A.R SMG juga akan hadir ke permainan ini.

Kitaran Peta

Untuk musim ini, hanya dua peta yang akan dimainkan oleh pemain iaitu peta baru Storm Edge dan World’s Edge.

Namun, untuk mod Arena, peta Arenas kini akan merangkumi hanya peta yang dibuat khas.

Wattson

Wattson menerima buff yang amat ketara musim ini. Antaranya ialah Wattson kini boleh meletakkan Pylon serta Fence nya pada tempat lebih tinggi dari paras mata.

Kotak sentuh (hitbox) Wattson juga diubah menjadi sedikit besar susulan status Low Profilenya dibuang.

Perimeter Fence menerima pelbagai penambahbaikan seperti yang berikut

  • Peningkatan damage apabila melintasi Fence sebanyak 33%. (15 ke 20)
  • Meningkatkan tempoh apabila melintasi Fence sebanyak 100%. (1.5 ke3 saat)
  • Meningkatkan masa untuk dikesan semula oleh kesan Fence seterusnya sebanyak 100%. (0.5 ke 1 saat).
  • Mengurangkan masa cas semula sebanyak 50% (30 ke 15 saat).
  • Meningkatkan julat peletakan sebanyak 50%.
  • Mengurangkan kelewatan antara Fence menutup dan mengaktifkan semula selepas sekutu melaluinya sebanyak 60%. (1.0 – 0.4 saat)
  • Wattson kini bergerak pada kelajuan Tanpa Senjata sambil menyediakan/meletakkan nod Pagar.
  • Nod Fence kini boleh diletakkan sebaik sahaja senjata itu disediakan, bukannya menunggu animasi selesai.

Kelebihan Ultimatenya, Interception Pylon diubah mekaniknya. Maklumat seperti berikut:

  • Mengurangkan bilangan Pylon aktif Wattson boleh diletakkan daripada 3 kepada 1.
  • Pylon kini kekal selama-lamanya dan bukannya tamat masa selepas 90 saat.
  • Pylon kini mempunyai jumlah 250 Shields yang boleh diedarkan kepada pemain berdekatan, bukannya Shields tidak terhad.
  • Meningkatkan kadar cas semula Shields sebanyak 150%, dan kadar regen lebih lancar. (2/saat – 5/saat, atau lebih tepat: 1/0.5 saat – 1/0.2 saat)
  • Apabila Pylon kehabisan Shields, ia tidak lagi mengecas Shields pemain, tetapi masih boleh melawan bom lempar.
  • Mengambil damage semasa menjana semula Shields melalui Pylon menangguhkan penjanaan semula berterusan sebanyak 1 saat.

Loot

Supply Drop juga berubah. Triple Take akan kembali ke loot lantai dan G7 Scout akan dimasukkan ke Supply Drop.

Hop-up baru akan diperkenalkan dalam musim 11 iaitu Dual Loader yang digunakan untuk 30-30 Repeater dan Mastiff. Setiap peluru yang dimuatkan ke dalam Mastiff atau Repeater 30-30 digandakan.

Senjata emas pula kini berubah.

Ditambah: Mastiff, 30-30 Repeater, R-301, CAR SMG, Longbow
Dikeluarkan: Peacekeeper, Havoc, RE-45, Flatline dan Charge Rifle.

Perubahan Senjata

Pelbagai senjata menerima perubahan menjelang Apex Legends musim ke-11. Ada senjata yang menerima buff dan ada yang akan menerima nerf.

Antara senjata yang menerima perubahan signifikan adalah L-STAR yang dibenci oleh komuniti pemain.

  • Mengurangkan keberkesanan barrel di semua peringkat 
  • Saiz perlanggaran peluru dikurangkan dengan ketara
  • Damage dikurangkan daripada 18 kepada 17

Manakala Peacekeeper pula menjadi senjata yang baik musim ini.

  • Saiz pelet ditingkatkan
  • Masa choke dikurangkan daripada 1.5s kepada 1.25s
  • Choke kekal rapat untuk sedikit lebih lama apabila keluar dari ADS

Selain itu, terdapat beberapa perubahan kurang signifikan pada senjata seperti Longbow, EVA-8, dan G7 Scout.

Tarikh Pelancaran

Kemas kini Musim 11 untuk Apex Legends akan dikeluarkan pada 3 November, jam 1 pagi GMT+8. Ini ialah masa standard untuk kemaskini Apex.

Memandangkan terdapat peta baharu untuk dimuat turun, kemas kini ini mungkin agak besar, jadi anda perlu mempertimbangkan berapa lama sistem anda mungkin mengambil masa untuk memuat turun fail baharu.

Loba Edition

Edisi terhad Loba Edition akan dikeluarkan pada Apex Legends pada hari yang sama dengan pelancaran musim ke-11.

Pemain juga akan menerima beberapa bonus apabila membeli edisi ini:

  • Kostum “Arms Dealer” 
  • Kostum “Silver Lining” 30-30 Repeater
  • “Fractal Wolf” Gun Charm
  • Lencana “Quartermaster Andrade” 
  • 1,000 Apex Coins

Dapatkan lebih maklumat terperinci di nota tambahan di laman rasmi Apex Legends.

RELATED NEWS

+