“Saya ingin balas ‘dendam’ terhadap Homebois kerana tewas tempoh hari,” – Ciku

Kemenangan pasukan Todak terhadap Team Caracal tempoh hari menyaksikan draft yang sangat menarik dari Todak. Mereka membawa Yu Zhong di midlane.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Ciku. Ketika ditanya tentang pasukan manakah yang Todak harus berhati-hati, Ciku menjawab tiada dan dia hanya ingin menewaskan pasukan Homebois.

@mygameondotmy @dnialfuad_ mahu membalas kekalahan pasukan @todak.gaming dengan pasukan Homebois. Serta, beritahu perbezaan dia selepas berkahwin #kakigaming #fyp #mpl #mplmy #mplmys10 #mlbb #mobilelegends ♬ Kita Rockstar – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

“Tiada, namun saya ingin lawan dengan pasukan Homebois kerana tempoh hari kami kalah, saya ingin balas dendam,” ujar Ciku.

Ditanya tentang perubahan selepas berkahwin. Ciku berkata banyak perubahan terutamanya harus berhati-hati ketika melakukan sesuatu kerana ia akan memberi efek kepada keluarganya sekali.

“Saya rasa saya harus berhati-hati dalam melakukan setiap perkara kerana ia akan memberi efek kepada keluarga juga. Kena berhati-hati ketika bertutur juga dan sekarang saya kerap bangun pagi.” akhiri Ciku.

Ikuti temubual penuh di laman rasmi Tiktok kami.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+