“Saya lebih selesa berkomunikasi bersama Zaim berbanding Hate,” – Xorn

Perlawanan Team SMG menentang Orange Esports semalam menyaksikan Team SMG di minggu akhir MPL MY S10 membawa pulang kemenangan 2-0 tanpa balas.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Mohammad Zul Hisham atau lebih dikenali sebagai Xorn.

Ketika ditanya tentang harapannya bersama Team SMG, Xorn mengharapkan mereka akan ke upper bracket.

“Harapan kami sememangnya nak ke upper bracket, kami perlu untuk menang 2-0 di dalam semua perlawanan dan mengharapkan Team Haq atau Todak mengalami satu kekalahan,” katanya.

Xorn mengatakan Orange tidak bermain dengan begitu baik kerana Haru menggantikan Aim.

“Dia nampak kurang pengalaman dan latihan bersama Orange. Sebab itu, mereka banyak buat kesilapan kecil dan kami mengambil peluang itu untuk mendapatkan kemenangan,” katanya.

Xorn menyatakan dia lebih senang bekerjasama atau merancang strategi bersama ZaimSempoi berbanding Hate.

“Saya rasa corak permainan ZaimSempoi lebih kurang dengan Dominus jadi saya lebih mudah bekerjasama dan merancang strategi. Selain itu, jika dibandingkan dengan Hate, saya perlu berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris jadi agar sukar sedikit,” katanya.

Tonton video penuh temubual kami bersama Xorn di laman rasmi Tiktok MyGameOn.

@mygameondotmy Di minggu terakhir MPL MY S10, @Mohd Zul Hisham nak sasar ke upper bracket playoffs dan seterusnya ke kejohanan dunia, M4. #fyp #kakigaming #mlbb #mpl #mplmys10 ♬ Kita Rockstar (TikTok Version) – Yazmin Aziz, KUNGFU HEIDI

RELATED NEWS

+