“Saya minta maaf…,”- Duckey

Jurulatih pasukan Bren Esports Mobile Legends, Duckey, memohon maaf kepada semua peminat atas kegagalan pasukannya melayakkan diri ke peringkat playoff MPL Filipina musim kesembilan.

“Saya tahu prestasi kami bukan yang terbaik setakat ini. Perjuangan ini sudah menyedarkan kami beberapa perkara baharu dan ia adalah pengalaman menarik bagi setiap daripada kami.

“Saya memohon maaf kepada pasukan saya atas kekurangan saya dan juga kepada semua peminat yang benar-benar kecewa dengan persembahan kami baru-baru ini,” tulisnya di Facebook.

Sambil memohon maaf kepada peminat, jurulatih yang berjaya membawa Bren Esports menjadi juara Kejohanan Dunia M2 itu turut berjanji akan menggunakan segala pengalaman yang diperoleh untuk mendapatkan tempat ke Siri M seterusnya.

Adakah Bren Esports dan Blacklist International yang juga dua pasukan juara dunia tetapi kedua-duanya gagal layak ke playoff MPL PH S9, akan bangkit pada musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+