ECHO mengulangi peristiwa M4 menentang Blacklist International

Selepas ECHO dan Blacklist International menempah slot ke MSC 2023, mereka menentang sesama sendiri di Grand Final MPL Filipina (PH) untuk menentukan siapa juara untuk musim ke-11.

ECHO berjumpa dengan musuh seteru iaitu Blacklist International dan tidak memberikan peluang kepada juara M3 itu.

ECHO membelasah Blacklist International dengan skor 4-0 mengulangi perlawanan di Grand Final M4.

Walaupun Blacklist International cuba membawa meta baharu seperti Mathilda, Rafaela dan Baxia, namun mereka tidak dapat menghentikan momentum yang dibawa ECHO.

Ini juga adalah barisan pemain baharu untuk Blacklist selepas Oheb dan Hadji digantikan oleh Owl dan Yue.

Sanford, Exp Laner untuk pasukan Echo dinobatkan sebagai Finals MVP dan membawa empat hero iaitu Joy, Lapu-Lapu, Gloo dan Yu Zhong.

Ini adalah satu playoffs yang mencabar untuk ECHO selepas mereka ditendang ke Lower Bracket separuh akhir akibat tewas di tangan RSG Slate PH.

Mereka mudah menewaskan pendahulu liga iaitu Bren Esports sebelum berjumpa dengan RSG Slate PH. 

Echo pada mulanya bekerja keras untuk menewaskan RSG Slate PH selepas juara bertahan untuk MSC itu memaksa juara dunia itu ke lima perlawanan.

RELATED NEWS

+