“Saya minta maaf Malaysia,” – Xorn

Menerusi sebuah hantaran story Instagram Xorn, dia memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat untuk negara.

“Terima kasih atas sokongan anda semua, saya minta maaf kerana tidak dapat membawa pulang pingat untuk Malaysia. Saya sudah memberikan yang terbaik dengan sepenuh hati saya,” tulisnya di story Instagramnya.

Xorn bermain dengan begitu baik sekali apabila dia berjaya menunjukkan beberapa aksi-aksi menarik semasa menggunakan hero seperti Chou, Franco dan Khufra.

Pasukan MLBB negara harus akur dengan kekalahan mereka untuk merebut pingat gangsa apabila tewas ke atas pasukan Singapura dengan skor 2-1.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia haruslah memberikan sokongan moral kepada para pemain kita kerana mereka sudah memberikan yang terbaik cuma rezeki masih belum berpihak kepada kita.

Cubaan yang baik Malaysia!

RELATED NEWS

+