“Saya teruja untuk bermain di Indonesia” – Lunna, kapten Red Canids

Pasukan Red Canids yang memenangi MPL Brazil terdahulu membuat debut mereka di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila kecundang awal di hari ketiga menentang pasukan SeeYouSoon.

Kapten pasukan Red Canids iaitu Lunna juga pernah mengaku bahawa Vynn dari RRQ Hoshi menjadi idolanya bermain sebagai posisi Roamer. Tidak lupa juga OhMyV33nus turut menjadi pujaan dia.

Di dalam satu temubual ONE Esports terhadap Lunna, dia bersedia untuk bermain di Indonesia untuk mana-mana pasukan terutamanya MDL. Menurutnya, pertandingan itu memiliki tahap persaingan yang tinggi.

“Kenangan di Kejohanan Dunia M3 tidak akan dilupakan, ia benar-benar pengalaman yang luar biasa.”

“Pengajaran terbesar yang saya dapat di sana adalah fakta bahwa MLBB berpandukan pada objektif, bukan pada perkara yang tidak diperlukan. Saya juga tidak akan pernah melupakan saat bertemu idola saya OhMyV33NUS,” ungkap Lunna kepada ONE Esports.

“Saya dan puteri saya (anak perempuan) sangat gembira kerana berjaya mendapat banyak peminat di Asia Tenggara. Saat ini impian saya adalah bekerja atau bermain di benua Asia,” ujar Lunna.

“Saya sangat menyukai Indonesia dan menghormati sejarah semua pasukan e-sukan di sana. Saya bersedia bermain di mana-mana pasukan Indonesia, terutama MDL, menurut saya itu adalah pertandingan yang memiliki persaingan tinggi,” akhirinya.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+