Sebanyak RM15 juta dibelanjakan untuk permainan video Upin & Ipin

Syarikat produksi animasi tempatan, Les’ Copaque Productions Sdn Bhd membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi tujuan melancarkan permainan video Upin & Ipin di platform konsol.

Laporan Bernama mengatakan permainan video itu sudah mula dibangunkan sejak tahun lepas dan bakal menerima tarikh pelancaran pada September ini.

Permainan video itu juga dibangunkan oleh salah satu pembangun yang terkemuka di negara ini.

Animasi Upin & Ipin sudah 17 tahun memikat hati rakyat Malaysia dan popularitinya berkembang sehingga ke negara jiran, Indonesia.

Sumber rujukan: BERNAMA

RELATED NEWS

+