Segala yang anda perlu tahu tentang Final Wild Rift Champions SEA 2022

Peringkat akhir bagi Kejohanan Juara Wild Rift Asia Tenggara (WCS) 2022 bakal berlangsung pada 23 April hingga 8 Mei ini. 

Sebanyak 11 pasukan dari serata Asia Tenggara akan bertarung selain Hong Kong, Taiwan dan Oceania:

Peringkat playoffs:

  • Team Flash (Vietnam)
  • RRQ (Filipina)
  • Buriram United (Thailand)
  • Flash Wolves (Taiwan)
  • Persis Esports (Indonesia)
  • SEM9 (MYSG)

Sementara itu, pasukan Play-Ins pula terdiri daripada:

  • CERBERUS Esports (Vietnam)
  • FENNEL Adversity (Filipina)
  • EVOS Esports TH (Thailand)
  • ONE Team (Masters)
  • Smash Logic Gaming (ESL Oceania)

Peringkat Play-in akan bermula pada 23 April hingga 24 April manakala Playoffs pula pada 26 April hingga 27 April, disambung pula pada 29 April hingga 1 Mei dan 6 Mei hingga 7 Mei.

Peringkat akhir pula pada 8 Mei.

Setiap pasukan ini akan merebut empat tempat bagi menyertai Wild Rift Icons Global Championship dan hadiah terkumpul AS$200,000 (RM846,000).

Semasa peringkat Play-in, lima pasukan dari kejohanan Wild Rift Champions SEA & Wild Rift Oceania Championships (naib juara pertama dari WCS Masters, Filipina, Thailand dan Vietnam, dan juara Wild Rift Oceania Championships) akan bermain satu perlawanan round- robin, iaitu setiap pasukan akan bermain antara satu sama lain dalam format Best-of-3.

Pasukan teratas dalam kalangan lima itu akan layak terus ke Playoff, manakala pasukan tempat ke-2 dan ke-3 akan bermain antara satu sama lain dalam best-of-five untuk memastikan tempat Playoff yang tinggal.

Di peringkat Playoff, kedua-dua pasukan yang mara dari Play-in akan bertemu dengan enam juara subserantau Wild Rift Champions SEA dan bersaing dalam format penyingkiran berganda.

Lapan pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat pasukan setiap satu. Kumpulan yang pertama terdiri daripada juara subserantau WCS Masters, Philippines, Thailand dan Vietnam, sementara kumpulan yang kedua terdiri daripada juara sub-serantau WCS Malaysia & Singapura, Indonesia bersama dua pasukan yang layak dari peringkat Play-in.

Pasukan dari subrantau yang sama tidak boleh diundi menentang satu sama lain. Perlawanan playoff akan menyaksikan pasukan dari kumpulan pertama diundi untuk bermain menentang pasukan dari kumpulan kedua.

Peluang Kedua

Pemenang perlawanan playoff pertama akan mara ke pusingan Bracket Atasan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan jatuh ke Bracket Bawahan. Semua perlawanan akan dimainkan dalam format Best-of-5 kecuali untuk Akhir Bracket Bawahan dan Peringkat Akhir yang akan dimainkan dalam format Best-of-7.

Jika sesuatu pasukan terkeluar daripada Bracket Atasan, mereka kemudiannya akan mempunyai satu lagi peluang untuk mara ke peringkat akhir, dengan memenangi perlawanan mereka yang seterusnya di Bracket Bawahan.

Empat pasukan ini akan mewakili rantau SEA dan bertanding dalam Wild Rift Icons Global Championship yang berlangsung di Eropah pada musim panas ini!

Saluran rasmi

Anda boleh menonton perlawanan langsung dalam dua bahasa utama kita iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di pautan di bawah:

Bahasa Malaysia

  • Twitch – Wild Rift Esports Malaysia & Singapore
  • Facebook – WCS Malaysia & Singapore

Bahasa Inggeris

  • Twitch – Wild Rift Esports
  • YouTube – Wild Rift Esports

Perlawanan pertama akan bermula pada jam 2 petang GMT+8, 23 April dan akan disiarkan secara langsung di Twitch, Facebook dan YouTube.

RELATED NEWS

+