SEM9 optimis lawan Buriram United, esok

Debaran Final Kejohanan Juara Wild Rift (WCS) Asia Tenggara kian terasa. Wakil Malaysia dan Singapura, SEM9 bakal berdepan dengan musuh tradisi dari Thailand, Buriram United, esok.

Pengurus SEM9, Edward Mah berkata, mereka sudah pun berdepan BRU berulang kali di pentas antarabangsa Wild Rift sejak awal lagi.

“Walaupun kami tak berjaya sebelum ini kerana memikirkan solusi terbaik, saya percaya kali ini lebih berbeza.

“BRU adalah lawan yang sukar ditewaskan tapi dengan sokongan SEM9 dan sistem latihan baru yang kami terapkan pada pasukan pada awal penubuhan pastinya akan mengejutkan peminat kali ini.

“Kita selalu dengar pepatah ‘third time is the charm’ jadi kita akan lihat bagaimana nanti! Jangan lupa berikan sokongan kepada kami,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Edward juga menambah, sokongan dari komuniti Malaysia sangat memainkan peranan penting dalam memberikan semangat kepada mereka.

Peringkat separuh akhir upper bracket sudah pun bermula hari ini menyaksikan RRQ lawan Persis Esports.

Perlawanan SEM9 dijangka bermula pada jam 2 petang esok. Jangan lupa berikan sokongan kepada pasukan yang membawa harapan negara ini.

Saksikan live di Facebook WCS.

Foto: SEM9

RELATED NEWS

+