Segala yang diumumkan di Sony State of Play

Acara Sony State of Play yang diadakan awal pagi ini, menampilkan beberapa permainan video yang pernah diumumkan sebelum ini dan pengenalan beberapa tajuk baru. Seperti yang dijangkakan, pengumuman Deathloop di penghujung acara, selain terdapat juga beberapa pengumuman yang lain.

Berikut ialah tajuk-tajuk yang akan tiba untuk konsol PS4 dan PS5 yang diumumkan di acara itu.

Moss: Book 2 diumumkan

Acara dimulakan dengan pengumuman Moss: Book 2 oleh Polyarc. Sekuel untuk Moss ini akan debut di PlayStation VR dan akan mengandungi teka-teki, platforming dan kombat yang cukup digemari. Trailer yang ditayangkan memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai suasana permainan itu. 

Tarikh keluaran permainan video ini masih belum diumumkan. 

Arcadegeddon diumumkan, akses awal bermula hari ini

Arcadegeddon diumumkan semasa acara hari ini, sebuah permainan aksi yang sedikit menyerupai Fortnite. Ia adalah permainan menembak multiplayer yang boleh dimainkan solo atau empat orang sepasukan. 

Akses awal bermula hari ini dan akan dilancarkan pada 2022.

Kandungan lepas pelancaran New Tribe of Midgard didedahkan

Perincian terbaru Tribe of Midgard didedahkan. Ia akan dilancarkan bersama musim Wolf Saga dan akan memperkenalkan sistem rune terbaru. Permainan video ini juga akan terdapat Saga Quest istimewa dan barangan ekslusif bermusim.

Akan dilancarkan di PS4 dan PS5 pada 27 Julai. 

Hunter’s Arena: Legends tiba di PS4 dan PS5

Mantisco hari ini mengumumkan bahawa Hunter’s Arena: Legends – sebuah permainan video yang menggabungkan “RPG, MOBA dan pelbagai genre lain” akan tiba di PS4 dan PS5. Ia juga terdapat menampilan mod PvP dan PvE dan  juga dua mod ‘battle royale’.

Akan dilancarkan pada bulan ini.

FIST: Forged in Shadow Torch akan tiba 7 September

FIST: Forged in Shadow Torched sebuah Metroidvania 2D yang dibintangi seekor arnab yang dalam pelarian daripada mesin yang ganas. Pertama kali didedahkan akan tiba untuk PS4 pada 2020 dan disahkan akan tiba di PS5 sebelum ditangguhkan. Ia akan ada kombat stail arked dan pelbagai rahsia dan naik taraf yang perlu dicari.

Akan tiba di PS4, PS5 dan PC pada 7 September.

SIFU, ditangguh hingga awal 2022

SIFU permainan stail kung-fu yang diperkenalkan padal awal tahun ini, ditangguhkan hingga awal 2022. Trailer terbaru menunjukkan bagaimana usia anda jika anda dikalahkan. Seperti yang ditunjukkan sebelum ini, ia dikatakan sebagai ‘persimpangan di antara dua genre” yang mana gabungan permainan kombat dan permainan aksi 3D. 

Dikatakan akan tiba untuk PS4, PS5 dan PC.

Dapat melihat dengan lebih dekat JETT: The Far Shore

Sony memberikan sedikit selingan JETT: The Far Shore, yang sedang dibangunkan oleh sebuah pembangun bebas, Superbrothers. Permainan video itu menyerupai No Man’s Sky, menampilkan pengembaraan Sci-Fi sama ada berjalan kaki atau menggunakan kapal angkasa.

Akan tiba di PS4 dan PS5 pada tahun ini.

Sega menunjukkan permainan Demon Slayer

Kita diperlihatkan Demon Slayer di State of Play kali ini. Ia adalah permainan video adaptasi daripada anime terkenal. 

Dijangka tiba pada 15 Oktober di PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox X|S.

Lost Judgement akan disertakan naik taraf generasi baru untuk PS5 dan Xbox

Sega mengumumkan Lost Judgement, sebuah sekuel spin-off  daripada siri Yazuka, dengan menampilan penyiasat peribadi. Permainan ini akan disertakan naik taraf percuma untuk pemilik PS4 dan Xbox. 

Sega juga menunjukkan tiga versi berbeza dengan Digital Ultimate Version termasuk perkembangan cerita yang diset di Kamurocho dan Ijincho. 

Tarikh keluar Death Stranding Director’s Cut diumumkan

Death Stranding Director’s Cut diumumkan bersama kandungan terbaru. Ia termasuk pertarungan baru dan mekanik kombat yang lebih maju seperti jarak tembak, ketapel (catapult) kargo, misi baru dan mod perlumbaan.

Akan tiba pada 24 September dan pra-tempahan telah dibuka. 

Deathloop mendapat trailer terbaru

Akhir sekali, Sony memberikan gambaran lebih Deathloop melalui trailer terbarunya. Penembak baru Arkane Studios yang berlatarkan tema 1960-an. Di dalam previu, kami menggelar sebagai “supernatural Hitman”. 

Walaupun syarikat induk Arkane Studio, Bethesda adalah milik Microsoft, Deathloop kekal milik eksklusif konsol PlayStation.

Dijangka tiba di PS5 dan PC pada 14 September.

RELATED NEWS

+