Seorang Lelaki Pecah Masuk Valve, Rompak Peralatan & Game Bernilai RM167,860

Dalam banyak-banyak tempat nak rompak, lelaki ini pergi serbu studio game.

Menurut stesyen berita Washington Kiro 7, lelaki itu bernama Shawn Shaputis berumur 32 tahun menyelusup masuk pejabat Valve terletak di Lincoln Square South yang mana turut juga menempatkan pejabat Epic Games, The Pokémon Company, Samsung dan Unity seperti dilaporkan oleh PC Gamer.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Shawn pecah masuk studio Valve yang dikenali dengan siri Half-Life dan Dota ini berjaya mencuri komputer dan game berjumlah USD$40,000 (RM167,860) sebelum melarikan semua barangan itu dalam tong sampah beroda ke kereta milik dia.

Kemudian, polis menjumpai sebahagian barangan itu ditinggalkan dalam keretanya dan dia mengaku kepada detektif bahawa dia menjual game dan komputer di kedai GameStop.

(nyanyi) they see me rollin, they hatin. Sumber: YouTube

Ini bukan pertama kali suspek melakukan kesalahan yang sama. Di samping enam waran tangkapan, Shawn pernah disabitkan dengan kesalahan kecurian dan ditahan reman oleh polis selepas melarikan lori FedEx tetapi berjaya lepas ikat jamin pada Julai 2018. 

Agak-agaknya dapatkah dia menjumpai Half-Life 3 tersembunyi di pejabat Valve? Hmm… 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+