Sertai cabaran vlogging bersama Infinix Zero 30 5G bermula 2 November ini

Infinix Malaysia akan melancarkan model terbaharu ZERO 30 5G pada 2 November ini dan bagi meraikan pelancaran ini, pertandingan vlogging akan dianjurkan sehingga 3 Disember ini.

Peserta boleh menunjukkan kemahiran vlogging mereka dan serlahkan kreativiti malah berpeluang memenangi peranti baharu itu sendiri. Buat pertama kalinya, ZERO 30 5G menawarkan pengalaman Vlog kamera depan dengan resolusi 4K 60FPS serta pelbagai filter boleh digayakan.

Di bahagian belakang, ia dilengkapi dengan sistem Triple Camera dengan kamera utama 108MP OIS Ultra-Clear yang juga boleh merakam momen dalam 4K / 60FPS.

Ia juga mempunyai skrin lengkung yang nipis dan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8020 5G serta skrin 144Hz AMOLED lengkung.

Pertandingan VLOGGING ZERO 30 5G

Dari 2 November hingga 3 Disember, pertandingan akan dijalankan di empat platform iaitu Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube. Sebanyak empat model ZERO 30 5G untuk dimenangi dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap platform.

Cara-caranya:

1. Rekod satu video Reel berdurasi 60 saat yang menceritakan kisah hidup anda dalam format vertical.

2. Guna tanda pagar #CaptureYourOwnStoryMy, #InfinixMalaysia dan #Zero305G di kapsyen post anda.

3. Post vlog ini platform pilihan (TikTok, IG Reel, FB Reel, Youtube Shorts).

4. Sertai pertandingan ini dengan mendaftar di Google Form ini

Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah tontonan di vlogs mereka. Penyertaan tambahan di platform sama atau berlainan adalah dibolehkan dengan syarat setiap video mempunyai kandungan berlainan.

RELATED NEWS

+