Penggunna Touch ‘n Go berpeluang menang Infinix GT 10 PRO melalui program royalti GORewards

Infinix Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama eksklusif dengan TNG Digital Sdn. Bhd. bagi program royalti terbaru mereka, GOrewards di eWallet Touch ‘n Go.

Pengguna TnG eWallet berpeluang memenangi GT 10 Pro dan menikmati diskaun peranti pintar Infinix yang terpilih. Kerjasama ini berlangsung dari 1 November hingga 30 November ini.

“Infinix Malaysia berbangga dapat menjadi peneraju dalam inovasi dan keselesaan bersama TNG Digital bagi program loyalti GOrewards mereka. Infinix Malaysia dan TNG Digital berkongsi matlamat sama untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah,” kata Carmen Yong, Pengarah GTM dan Pemasaran Infinix Malaysia.

Program ini akan menawarkan lebih banyak nilai kepada pengguna yang membuat pembelian di mana mereka dapat kumpul mata untuk menebus baucar, diskaun, cashback dan lain-lain.

Ini adalah senarai peranti pintar Infinix yang menerima baucar diskaun:
● HOT 11 3+32GB
● NOTE 12 G96 8+128GB
● ZERO X Pro 8+128GB
● SMART 6 2+32GB
● SMART 6 3+64GB
● HOT 20 6+128GB
● HOT 20i 4+128GB
● NOTE 12 2023 8+128GB
● NOTE 12 2023 8+256GB

Kolaborasi ini juga seiring dengan kempen giveaway menerusi katalog GOrewards yang menawarkan tiga pengguna bertuah untuk memenangi GT 10 PRO dengan menebus 100 mata bagi setiap penyertaan cabutan bertuah.

Nantikan lebih banyak berita menarik mengenai program ini di laman sosial rasmi Infinix Malaysia.

Foto: GSM Arena

RELATED NEWS

+