Setakat ini RM187 bilion sudah dibelanjakan dalam permainan mudah alih

Pengguna telefon pintar setakat ini telah membelanjakan sebanyak AS$45 bilion (RM187 Bilion) dalam separuh pertama tahun ini.

Sensor Tower telah menganggarkan peningkatan ini adalah sebanyak 17.9% dari separuh pertama tahun lepas iaitu sebanyak RM78 bilion.

Permainan video di peranti pintar yang berjaya meraih kutipan tertinggi adalah Genshin Impact, Honor of Kings, PUBG Mobile, Roblox dan Coin Master.

Bagi PUBG Mobile adalah termasuk Game For Peace iaitu versi iOS yang dilancarkan khas di Cina.

Semua perbelanjaan untuk Apple dan Google Store berjumlah AS$64.9 bilion untuk separuh pertama tahun ini.

Hal ini menunjukkan permainan video adalah 68.9% dari jumlah seseluruhan pembelian pengguna dan perbelanjaan ini adalah lebih 24.8% dari tahun lepas iaitu AS$52 bilion.

Dari segi muat turun permainan juga telah meningkat untuk tahun ini. Terutama sekali untuk Join Clas 3D, Garena Free Fire, High Heels, Bridge Race dan Among Us.

Industri permainan video untuk peranti pintar kini tidak boleh dipandang remeh oleh orang lain dengan jumlah perbelanjaan yang begitu tinggi dari para gamers seluruh dunia.

Maka tidak hairanlah syarikat permainan video seperti Square Enix, EA, Nintendo, Sony dan lain-lain mula memasuki industri permainan mudah alih di peranti pintar.

Rujukan: GamesIndustry

RELATED NEWS

+