Shin Megami Tensei III: Nocturne bakal kembali dalam bentuk HD Remaster

Di pembentangan Nintedo Direct Mini: Partner Showcase semalam, Atlus mengumumkan Shin Megami Tensei III: Nocture HD Remaster. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch pada musim bunga 2021.

Versi HD Remaster ini dibangunkan berdasarkan versi Nocturne Maniax Chronicle judul asal yang dilancarkan pada tahun 2008. Ini memastikan ia mengandungi semua kandungan asal dan tambahan Shin Megami Tensei: Nocturne.

Selain daripada kualiti grafik yang ditambahbaik, versi HD Remaster ini juga menambahkan lakonan suara dalam cutscenes dan tahap kesusahan tambahan.

Seperti kebanyakan permainan video Jepun, ia akan dilancarkan lebih awal untuk pasaran Bahasa Jepun. Versi Bahasa Jepun akan dilancarkan pada 29 Oktober ini.

Atlus juga telah mendedahkan tarikh pelancaran Shin Megami Tensei V di pembentangan Nintendo Direct Mini: Partner Showcase.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+