Shroud catat hampir 520,000 penonton serentak dalam stream “comeback” di Twitch

Lebih daripada 516,000 orang menonton siaran langsung Michael “Shroud” Grzesiek di Twitch semalam. Ia merupakan siaran langsung pertama beliau di platform tersebut sejak meninggalkannya selama hampir setahun.

Baru-baru ini, Shroud mengumumkan bahawa beliau akan pulang ke Twitch selepas platform Mixer ditutup pada bulan Julai. Sebelum pengumuman tersebut, beliau berehat daripada kerjaya streaming selama lebih kurang sebulan.

Walaupun stream “comeback” ini mencatatkan ramai penonton, Shroud menghadapi beberapa masalah audio dan visual dalam stream tersebut seperti video pembuka tidak mengeluarkan suara dan resolusi video kadangkala dihadkan ke 720p.

Isu-isu tersebut tidak dapat diperbaiki dan jelas sekali para peminatnya tidak begitu kisah tentang masalah-masalah yang timbul. Mereka hanya gembira untuk melihat streamer kegemaran mereka kembali ke platform asal beliau.

Selain daripada mencatatkan jumlah penonton yang sangat tinggi, siaran langsung yang bertempoh 7 jam 37 minit itu juga mendapatkannya lebih daripada 16,000 subscribers baharu. Ia juga mencatatkan 2 juta penonton unik!

Menurut laman web TwitchTracker, Shroud kini menduduki tempat ketiga dalam ranking streamer Twitch yang mempunyai bilangan pengikut tertinggi. Beliau kini mempunyai 7.5 juta pengikut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+