Siri The Last of Us di HBO membawa bintang Dumbo, Nico Parker untuk melakonkan watak anak Joel, Sarah. Pedro Pascal sudah diumumkan bakal membawa watak Joel di dalam siri yang akan datang.
Deadline melaporkan bahawa Parker adalah ahli baru yang akan membintangi siri The Last of Us. Beliau akan menyertai Pascal, Bella Ramsey yang akan melakonkan watak Ellie, dan Gabriel Luna yang akan membintangi watak Tommy iaitu adik kepada Joel.
Merle Dandridge akan mengulangi wataknya sebagai Marlene di mana dia menjadi pelakon suara di dalam permainan Naughty Dog.
Parker adalah pelakon yang agak baru selepas melakonkan watak Milly Farrier di dalam Dumbo pada tahun 2019, yang diarahkan oleh Tim Burton. Parker adalah anak perempuan Thandiwe Newton, salah satu bintang dalam rancangan seperti Westworld juga di HBO.
The Last Of Us adalah siri permainan video diakui secara kritis yang akan diadaptasi menjadi siri televisyen untuk HBO. Pembikin Chernobyl, Craig Mazin akan bekerjasama dengan pembikin The Last of Us, Neil Druckmann untuk siri ini dan akan diadaptasi dari permainan pertama.
Druckmann menyatakan bahawa siri ini akan menyamai dengan permainan video di beberapa perkara, tetapi beberapa bahagian akan sangat menyimpang kerana TV merupakan medium yang berbeza. Satu bahagian Druckmann menyatakan, siri ini akan lebih banyak meneroka drama di antara watak.
The Last of Us dikatakan akan mula penggambaran bermula bulan hadapan dan kita akan menunggu hingga siri ini akan dilancarkan untuk menguraikan apakah perubahan yang dilakukan dan apa yang tidak, semasa proses adaptasi dilakukan. Sementara itu, The Last of Us Part 2 baru-baru ini meraikan ulangtahun pertama mereka.
Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.