The Last of Us Part 2 Mungkin Keluar Pada Februari 2020?

The Last of Us Part 2 belum lagi mempunyai tarikh pelancaran rasmi tetapi desas-desus mengatakan game yang paling dinanti-nantikan ini bakal dikeluarkan pada Februari tahun depan.

Pada awal Mei lalu, wartawan Kotaku, Jason Schreir mengeluarkan tweet yang mengatakan The Last of Us Part 2 mungkin dianjak ke tarikh baru iaitu pada Februari 2020.

Wartawan ini menjangkakan Death Stranding bakal tiba pada November ini dan berita ini adalah benar belaka.

Namun, Eurogamer melaporkan pelakon suara Ellie, Ashley Johnson memberikan sedkit klu tentang tarikh pelancaran The Last of Us Part 2 melalui satu temuramah oleh Critical Role. Pada minit ke 1:07:22, hos, Brian W. Foster bertanya kepada Ashley tentang tarikh keramat itu dan Ashley membalas, “Saya rasa ia akan keluar pada Fe–” sebelum dipintas oleh hos seperti dipertontonkan di bawah:

Walaubagaimanapun, penganalisis industri, Daniel Ahmad berkata (melalui forum Resetera) bulan Februari 2020 itu adalah tarikh khas untuk pembangunan dalaman The Last of Us Part 2 dan bukan tarikh dikeluarkan di konsol PS4 (atau PS5?).

Baru-baru ini, The Last of Us baru sahaja meraikan ulangtahun ke-6 tahun sejak dilancarkan pada 14 Jun 2013. Apa-apa pun, ini hanyalah khabar angin sahaja. Kalau betul-betul terjadi pun, apa salahnya? Kami pun tidak sabar mengikuti perjalanan Ellie dan Joel seterusnya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+