Skin Captain America diperkenalkan dalam Fortnite

Epic Games telah mengumumkan skin baharu untuk permainan video mereka Fortnite. Ia merupakan sebuah skin Captain America berdasarkan rekaan filem-filem Marvel Cinematic Universe.

Pelancaran skin unik ini dibuat sebagai sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada 4 Julai ini. Anda boleh mendapatkan skin ini dengan pembelian melalui item shop. Ia bernilai 2,000 V-bucks.

Satu butiran menarik yang ditunjukkan dalam trailer di atas ialah Captain America tiba di dunia Fortnite dengan menggunakan Bifrost, sesuatu yang dikaitkan dengan Thor. Adakah ini bermaksud Thor juga akan membuat kemunculan dalam Fortnite pada masa depan?

Sebelum ini, Fornite pernah mengadakan kolaborasi dengan Marvel di mana item unik seperti kapak Thor, perisai Captain America, busur Hawkeye, dan sarung tangan Iron Man. Sebuah skin Deadpool juga pernah dilancarkan dalam permainan video tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+