Skin Kratos akan diperkenalkan dalam Fortnite

Banyak watak-watak dari dunia lain telah muncul dalam Fortnite seperti adiwira-adiwira terkenal dari Marvel dan juga DC. Walaubagaimanapun, tiada siapa yang sangka bahawa watak utama God of War iaitu Kratos akan membuat kemunculan dalam permainan tersebut.

Perkara ini ditemui oleh seorang pelombong data bernama HYPEX. Apa yang membuatkan ketirisian maklumat ini mudah untuk dipercayai ialah sebuah video acah tentang watak baharu Fortnite yang dimuat naik sendiri oleh akaun rasmi PlayStation.

Dalam video acah tersebut, jelas sekali watak yang sedang digambarkan ialah Kratos. Penulis berharap ini bermakna lebih ramai watak eksklusif Sony seperti Nathan Drake dari siri Uncharted atau Jin Sakai dari Ghost of Tsushima akan diperkenalkan sebagai skin dalam Fortnite.

RELATED NEWS

+