Sofian “XK Penjahat” dah kahwin?

Sofian Sultan atau lebih dikenali sebagai XK Penjahat adalah salah seorang pengasas organisasi tanah air yang cukup popular iaitu Team Bosskurr dikatakan “sudah menjadi suami orang”.

Kenyataan itu dibuat oleh pemilik pasukan Homebois, DaddyHood dalam satu hantaran Instagram Story sebentar tadi.

Sementara itu, DaddyHood turut mengesahkan berita itu.

“Ya betul. Tadi dekat Terengganu,” jawab Daddy ringkas ketika dihubungi.

XK Penjahat mempunyai seramai 1.4 juta lebih pengikut di Facebook Gaming, tidak dinafikan populariti beliau melonjak naik sama seperti Soloz yang mempunyai 2 juta lebih pengikut.

Seringkali membuat penstriman langsung bermain Mobile Legends, rata-rata netizen menyukai streaming beliau.

Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan kepada XK Penjahat!

RELATED NEWS

+