Soloz Trending Di Youtube Gaming

Video pemain kompetitif Mobile Legends negara, Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria bermain permainan mudah alih itu didapati tular di laman sosial Youtube.

Kurang dari 48 jam video tersebut dimuat naik, ia sudah pun sohor kini dan berada di kedudukan kedua Trending di Youtube Gaming.

Video berdurasi 10 minit 58 saat itu memfokuskan pada satu perlawanan epik Soloz menggunakan Saber bermain bersama rakan sepasukannya yang memilih hero pembantu, Estes. Ia juga sudah ditonton lebih 160,000 kali dan menerima 6,400 sukaan.

Apa yang membuatkan video ini tular sudah semestinya kerana gaya permainan pemain Shopee Bosskurr ini yang boleh dikatakan hebat dan beliau juga menunjukkan kekuatan sebagai Saber yang boleh ‘one-hit-ko’ pihak musuh. 

Perlawanan selama 30 minit itu lebih menarik apabila Soloz menukar item “Immortality” kepada item “Winter Truncheon” pada saat-saat akhir selepas hidup kembali. Penggunaan item itu membolehkan Soloz tidak dikenakan apa-apa serangan dan invulnerability selain terus hidup pada saat akhir perlawanan ditamatkan.

Berada di tempat pertama adalah video dari Youtuber popular, PewDiePie yang bermain Minecraft.

Video tersebut mendapat 11 juta tontonan selepas dua hari dimuat naik.

Untuk lebih video trending dan menarik, bolehlah menjenguk di https://www.youtube.com/gaming/trending

Gambar featured image: eGG Network

RELATED NEWS

+