Sony Akhirnya Menamatkan Servis Memperbaiki PlayStation 2 Di Jepun

Nampaknya PlayStation 2 tak lama lagi akan mengalami fasa yang dah dijangka selama ini; servis untuk membaiki perkakasan ini akhirnya ditamatkan.

Setakat ini, servis untuk memperbaiki PlayStation 2 dah pun ditamatkan di Jepun. 

Mengimbas kembali pelancarannya pada 4 Mac tahun 2,000, konsol ini berjaya meneruskan jangka hayatnya lebih 10 tahun apabila pengeluarannya ditamatkan pada Disember 2012. 6 tahun kemudian, ataupun 18 tahun selepas pelancarannya, Sony akhirnya membuat keputusan sukar ini bagi konsol PlayStation 2.

Sony memberikan ucapan terima kasih kepada peminat yang menyokong mereka dan mengumumkan ketiadaan stok untuk PS2 dan terpaksa menamatkan servis memperbaiki konsol ini.

PlayStation 2 masih memegang takhta sebagai konsol kediaman yang paling laris dijual, dijangka sebanyak 155 juta unit sepanjang jangka hayatnya.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+