Sony tunda Horizon Forbidden West ke tahun depan

Sony sudah menunda Horizon Forbidden West eksklusif Playstation sehingga tahun 2022 menurut beberapa laporan.

Bloomberg dan Jeff Grubb sama-sama melaporkan bahawa Horizon Forbidden West, sekuel yang akan datang untuk Horizon Zero Dawn dari Guerilla Games, akan ditangguhkan ke Q1 2022 selepas dijaualkan akan dilancarkan pada tahun 2021 sebelum ini.

Bos Playstation Studio, Hermen Hulst sebelum ini berkata pada bulan Jun bahawa Horizon Forbidden West “berada di landasan untuk pelancaran pada musim percutian ini”, akan tetapi beliau tidak memberikan tarikh yang tepat memandangkan banyak wabak covid-19 yang melanda seluruh dunia mempengaruhi perkembangan permainan video.

Grubb menambahkan kenyataan bahawa event dari Playstation pada bulan September ini akan mengesahkan kelewatan Horizon Forbidden West sambil menonjolkan permainan yang akan datang ke Playstation pada musim luruh ini.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+