Kerajaan Ukraine merampas 3,800 unit PS4 yang digunakan untuk ‘farm’ kad FIFA Ultimate Team

Kerajaan Ukraine sudah menutup sindiket yang menggunakan 3,800 unit PlayStation 4 kerana disyaki melakukan perlombongan kripto.

Tetapi berdasarkan laporan Kotaku, PlayStation 4 yang digunakan sebenarnya adalah untuk farm kad FIFA Ultimate Team.

Kotaku juga memberitahu konsol PlayStation 4 bukanlah cara terbaik untuk melombong kripto dari menggunakan kad grafik.

PS4 yang digunakan disyaki adalah untuk farm akaun FIFA Ultimate Team dan akan dijual kepada orang yang mahu membeli akaun yang mempunyai Ultimate Team.

Selain dari PS4, gudang itu juga mempunyai 5,000 kad grafik dan juga 50 CPU yang sudah disita.

Maknanya ini adalah kerja 2 dalam 1. Melombong kriptowang dan juga farming kad FIFA Ultimate Team.

Sumber rujukan: Kotaku

RELATED NEWS

+