Star Wars: Knights of the Old Republic Remake – antara permainan video terbaik Star Wars dapat remake

Menceritakan kejadian yang berlaku 4,000 tahun sebelum berlakunya cerita Star Wars trilogi asal.

Ramai tidak lupakan Knights of the Old Republic (KOTOR) yang terkenal dengan banyak video cutscene yang sentiasa membuat anda terpegun melihat perlawanana di antara jedi dan sith.

Kali ini penceritaan baru bakal muncul diantara Jedi dan juga Sith dalam perebutan kuasa menentukan masa hadapan galaksi.

Pasukan Aspyr dan Sony Interactive Entertainment sudah bergabung dengan Lucasfilm Games bagi membawakan anda remake dari pengembaraan klasik Star Wars ini.

KOTOR yang asal menjadi antara permainan video Star Wars paling diminati ramai peminat sehingga kini walaupun hampir 20 tahun dikeluarkan.

Kita berharap kali ini mereka dapat mengekalkan aspek lama yang disukai ramai dan menambah beberapa benda baharu tanpa limitasi permainan video lama yang keluar sebelum ini.

RELATED NEWS

+