Steam Summer Sale Dah Bermula! Apa Game Favorite Korang?

Habis lah. Yang dah keluar duit untuk belanja raya sakan tu, mungkin korang patut menyesal sekarang sebab jualan musim panas Steam dah bermula sampai 5 Julai ini!

Pastinya geng-geng #PCMasterRace taknak lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun potongan harga yang tak terhingga di Steam nanti. Biasanya, jualan murah ini akan melibatkan banyak gila game, baru dan lama.

Permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dah pun menerima potongan harga sejak beberapa hari lepas dan pastinya korang taknak lepaskan peluang itu juga bersama diskaun musim panas Steam ini.

Dalam banyak-banyak game tu mesti korang akan pening nak pilih beli yang mana, betul? Jadi kami cuba senaraikan di bawah, mana tahu memang kena dengan minat korang:

1. Grand Theft Auto V: RM149.90 RM49.46
2. Final Fantasy XV Edisi Windows: RM219 RM109.50
3. DARK SOULS III Edisi Deluxe: RM240 RM72
4. The Witcher 3: Wild Hunt – Edisi Game of the Year – RM129 RM51.60
5. The Forest – RM39 RM26.13
6. Assassin’s Creed Origins – RM219 RM109.50
7. Ni no Kuni II: Revenant Kingdom – RM239 RM143.40
8. Far Cry 5 – RM209 RM156.75
9. Rise of the Tomb Raider – RM190 RM57
10. Rocket League – RM38 RM19

Senarai penuh game yang menerima potongan harga boleh didapati di sini: STEAM

TAGS

RELATED NEWS

+