Steam Winter Sale kini berlangsung, ini permainan yang patut anda beli

Musim sejuk hampir tiba di negara-negara tertentu dan ini menjemput beberapa berita baik: musim percutian Krismas hampir tiba, dan yang paling penting sekali, Steam Winter Sale akan berlangsung.

Bermula pada 22 Disember hingga 5 Januari, ratusan permainan mengalami diskaun yang agak besar, dan ini lah peluang keemasan untuk anda sauk segala permainan yang anda inginkan selama ini.

Seperti biasa, kami akan berkongsi beberapa permainan yang disarankan untuk anda cuba sewaktu musim percutian ini.

Horizon Zero Dawn – RM40

Permainan dunia terbuka ini mempunyai salah satu plot yang paling menarik setakat ini.

Horizon Zero Dawn juga menawarkan grafik mantap walaupun dilancarkan pada tahun 2017.

Ia juga tidak memerlukan tetapan PC yang gagah, hanya memerlukan GTX 1060 untuk menjalankan permainan pada tetapan paling tertinggi.

Sememangnya permainan ini amat disarankan oleh penulis.

Halo: The Master Chief Collection – RM 32.50

Permainan Halo sudah lama berada di industri ini.

Malah, permainan ini meninggalkan impak yang mendalam terhadap industri pembangunan permainan.

Halo begitu mendahului zamannya.

Kini, pemain boleh mendapatkan seluruh siri permainan Halo di Steam dengan harga yang amat murah.

It Takes Two – RM79.50

Pemenang Game of the Year di The Game Awards 2021, permainan ini menolak sempadan permainan co-op dengan visual yang menarik, jalan cerita yang baik serta permainan yang penuh inovasi.

Permainan ini perlu dimainkan dengan seorang rakan, malah bersama pasangan juga menjadi pilihan yang baik.

Tambahan pula, anda tidak perlu membeli permainan ini 2 kali jika ingin bermain bersama rakan, dengan syarat pasangan pemain perlu memuat turun Friend Pass yang ditawarkan di laman Steam permainan ini.

Jika tiga saranan permainan ini tidak mengena selera anda, anda juga boleh melihat calon anugerah Steam Awards 2021 di sini.

Ia semestinya permainan yang baik untuk dicalonkan dalam kategori-kategori itu.

Selamat bermain!

 

 

 

RELATED NEWS

+