xQc tak peduli pun penontonnya kata perjudian di Twitch itu salah

Sebelum ini kami melaporkan Twitch akan mengharamkan perjudian tidak berlesen di platform mereka, namun Felix “xQc” Lengyel mengatakan dia tidak ingin memohon maaf kerana menjadi streamer utama yang mempopularkan kategori ini.

Difahamkan, ramai streamer yang menghentam kategori perjudian ini dan akhirnya Twitch mengambil tindakan untuk tidak membenarkan lagi perjudian di laman web tidak berlesen.

Ini menjejaskan kandungan yang akan distrim oleh xQc kerana dia mempunyai kolaborasi dengan salah satu laman web perjudian itu.

“Saya tak kisah pun orang kata perkara ini salah. Saya tak minta orang berpihak kepada saya,” katanya.

Dia juga mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak kisah dengan mereka yang mengeluh mengenai perkara ini.

Walaupun dia tidak kisah dengan penontonnya namun dia sudah membuat sesuatu selepas pengumuman dari Twitch. 

Dia kini membuang kod rujukan yang sudah pun melanggar peraturan di Twitch.

Adakah xQc akan meneruskan perjudian di laman web lain? Semua ini akan terjawab pada 18 Oktober kelak.

Sumber: win.gg

TAGS

RELATED NEWS

+