Streamer patah tulang belakang di TwitchCon San Diego

Seorang strimer mengatakan dia patah tulang belakangnya dan memerlukan pembedahan selepas melakukan lompatan ke dalam foam pit di TwitchCon San Diego.

Booth ini diadakan oleh Lenovo Legion.

Streamer dengan nama Chechik melompat ke dalam foam pit namun tanpa diketahuinya span ini tidak cukup banyak untuk menampung beratnya.

Dia kemudian menyedari dirinya tidak mampu bangun dan belakangnya terasa sangat sakit.

Streamer ini kini perlu menjalani pembedahan untuk tulang belakangnya.

Bukan streamer ini sahaja malah ada juga yang mengalami kecederaan terseliuh kaki dan lutut.

Malangnya tempat itu tidak dipantau keselamatannya sebelum TwitchCon.

Pihak organisasi berkemungkinan tidak menyangka foam itu tidak mencukupi untuk menampung berat pelawat.

RELATED NEWS

+