Lenovo Legion Go ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,999

Lenovo Legion Go akan tiba di pasaran Malaysia dan bakal dijual dengan harga RM3,999. 

Konsol handheld ini menawarkan pengalaman gaming yang lebih menarik dengan reka bentuk ergonomik dan boleh dibawa ke mana-mana saja. Bagaimanapun, penawaran di Malaysia ini akan menggunakan model AMD Ryzen Z1 Extreme dan bukannya model Z1.

Sedikit mengenainya, ia mempunyai paparan 8.8 inci QHD+ dengan 16:10 dan kadar segar semula 144Hz untuk gameplay lebih lancar terutamanya buat permainan FPS. Legion Go juga mempunyai bateri yang tahan lama dan pengecasan pantas Super Rapid Charge 4.

Dari 8 Disember hingga 17 Disember ini, anda yang pra-tempah Lenovo Legion Go di Lenovo Exclusive Store boleh mendapatkan fon telinga RGB Gaming dengan hanya RM249.

Layari laman web ini untuk keterangan lanjut.

RELATED NEWS

+