Streamer Popular, Dr. Disrespect Cetuskan Kontroversi Dengan Jenaka Berkenaan PUBG

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sedang berdepan situasi sengit dengan Fortnite baru-baru ini. Boleh nampak yang team di sebalik PUBG iaitu BlueHole sedikit nervous apabila Dr. Disrespect, seorang dari streamer yang sangat popular kini mengugut untuk berhenti bermain permainan mereka.

Streamer kontroversi itu memuat naik status di Twitter awal hari ini, mengugut untuk berhenti bermain PUBG selamanya melainkan BlueHole mewujudkan satu elite skin untuknya dalam permainan Battle Royale itu.

“Wahai Blueballs Inc..,” katanya dalam twit. “Anda mempunyai 5 hari saja untuk meletakkan elite Doc skin dalam PUBG atau saya akan berhenti bermain game anda. Moga anda mempunyai hari lebih baik,”

Tapi perbuatannya tak disenangi beberapa pengguna Twitter lain, antaranya editor PC Gamer, Evan Lahti.

Lelaki ini pula mengecam tindakannya yang mengatakan ada ramai lagi pengguna membeli merchandise dari Dr. Disrespect tapi masih belum dapat dan beliau pula senang-senang mengugut untuk meletakkan skin sendiri.

Walaupun ramai mengecam, tak kurang juga peminatnya yang tampil memberi sokongan. Ada yang mengatakan sepatutnya BlueHole tunaikan saja permintaan beliau dan tak perlu berdolak dalih lagi.

Setakat ini, masih tiada berita apa akan jadi seterusnya. Ketika artikel ini ditulis, twit itu masih lagi kekal ada dan belum ada maklum balas dari BlueHole.

Adakah Dr. Disrespect memang melampau? Korang nilai sendiri!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+